Sunday, November 15, 2015

Melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang

Haiiiiii korang..... Sedang buat apa tu??? Of coz la online… Ye dak?? Hehehe… Harini CT nak cerita pasal CT nye visit to tempat pemeliharaan gajah bertempat kat Kuala Gandah, Lanchang… Sebenarnye nak kata CT minat sangat kat binatang taklah kot… tapi sayang tu ada lah kan… hehehe.. Adik CT ni ha, nak sangat pergi tengok gajah… hehehhee… CT pon taknak la hampakan permintaan dia… Adik CT ni memang suka sangat kat binatang ni… Dulu, masa dia belajar kat oversea, memang zoo tu tempat wajib la dia pergi… Sampai Malaysia pon ajak g zoo jugak.. heheheh.. CT dengan husband CT pun bawakla adik-adik dan mak CT pergi… adik-adik CT yang lelaki taknak ikot depa cakap “huh, watpe g tengok gajah..ahahahaha”…


Dalam perjalanan

So, kitorang pn memulakanlah perjalanan ke sana… Dalam pukul 11 pagi kitorang gerak dari Kuantan… Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang I jam 30 minit. Tak susah pon nak cari… ok, nilah muka2 excited nak pergi tengok gajah lah katakan… excited… hikhikhik… bak kata orang “PERGI MUKA GAJAH, BALIK MUKA TIKUS”…hahahhahaa…






Bridge menuju ke tempat tengok gajah

Sesampainya kat sana, kitorang pergi ke unit pendaftaran… Di sana, kitorg dikehendaki mendaftar ahli kumpulan dan diberikan sticker… TAK PAYAH BAYAR PUN….. So, kene tampal la lah sticker tu kat baju kalau nak masuk… Ok, kitorg pn jalan2 la dalam tu… Ok, kat bawah ni gambar kitorg mula2 sampai sanalah… Cewahhh ngn cermin mata hitam and topi bagai… hahahaa.. alaaaa, bukan apa, cuaca panas sangat kat sana… kira, langkah berjaga2 lah takot hitam… hahahahahaha…

  






Ni lah pintu masuk ke tempat tengok gajah tu
Jalan punyalah jalan tak nampk pon muke gajah nih… ok, jalan sikit lagi…. Taraaaaaaa…. Haaaa, tuuuuutoh gajah… Adik CT ni punyalah excited jumpa gajah… CT main-main cmtu jelah… Jam 1 ada tayangan pasal gajah…. Jam 2 plak gajah2 ni buat persembahan, bagi makan kat gajah… Pastu aktiviti mandikan gajah, susukan anak gajah… lepas tu habissss..!!! masa kitorg datang tu, orang ramai tengah bagi gajah2 makan… makan tebu okey!!!! CT pon lama dah tak makan tebu…. Husband CT siap ngap masuk mulut lagi okeyh!! OMG!!! Lapar agaknye… hahahahaha… Untuk maklumat korang, nama-nama gajah kat sini diberi berdasarkan tempat asal dorang diselamatkan… Kumpulan gajah (9-10 ekor) biasanya diketuai oleh seekor gajah betina dewasa… Anak gajah yang paling bongsu kat sini namanya Lanchang (dia diselamatkan di Lanchang)… Kata penjaganya, dia ditinggalkan ibunya… EHhhh hellloooo anak gajah kat sini minum susu anlene gold okey!!!! Perghhhh gila mahal susu tu…. Pastu adala cmpuran nasi n bahan2 lain sikit… Untuk maklumat korang jugak, gajah ni tidak berpeluh…errrmmmm binatang lain berpeluh tak ehhh?????ntoh… tak pernah amik tahu pn..hahaha So, ade dua cara dorang nk sejukkan badan dorang tu… 1- kibaskan telinga dia yang besar tu… and 2 – mandi…. Dua-dua cara ni bertujuan untuk dia sejukkan badan dorang lah…. So, jangan pelik la kenapa gajah suka mandi… ok!!! Hehhehehee… Ok, ni ada sikit gambar2 bersama gajah.... hihihi

Ni lah gajahnye... hahahaha

Ni plak adik CT yang excited sangat nak tgk gajah tu....

Konon2 berani.. padahallll!!!!

Ok, ni plak lepas tgk anak gajah menyusu

Ok, ni kawan CT... Ann..

Yang ni pualak mama kesayangan CT dan yang baju putih tuu.... Husband CT laaaa....wink wink.. dia la yang bawak kitorang pergi... pakse rela...hahahaha

Husband tersayang



Lepas tengok gajah, otw nak balik tu CT singgah Deerland… dekat je ngn tempat gajah tu… Deerland tu macam mini zoo lah… seronok!!! Nanti CT cerita lagi ok…. Skarang CT nak sambung kerja dulu… babaiiiiiiii

No comments:

Post a Comment